Awana Kijal Kijal

Kumpulan Genting telah membina sebuah tempat peranginan yang sangat besar dan mewah iaitu Awana Kijal Golf dan Beach Resort berhampiran kawasan bandar Kijal. Hotel Awana Kijal terletak diatas tanah yang berkeluasan 800 ekar dan berada hampir dengan pantai. Awana Kijal telah menyediakan sebuah spa yang menghadap ke pantai dengan bertemakan Jawa tradisional. Selain itu, hotel ini mempunyai sebuah padang golf yang sangat besar dan mempunyai 18 buah lubang untuk menjadi salah satu cabaran kepada pelancong yang datang menginap disini. Dalam pada itu, kemudahan yang ada sangat memuaskan seperti bilik yang luas dan selesa disamping pemandangan yang cantik. Kijal terkenal dengan pantainya yang indah iaitu Pantai Penunjuk Kijal.